fbpx

Mosque Open Day [MOOD] menarik perhatian penduduk bukan Islam.

Kelana Jaya, 2 Disember – Program Mosque Open Day iaitu Hari Terbuka Masjid telah diadakan dengan jayanya di Masjid Tengku Kelana Jaya Petra, Kelana Jaya, Selangor pada hari Ahad baru-baru ini. Majlis ini telah disempurnakan perasmiannya oleh ADUN Seri Setia, YB Halimey Abu Bakar.
.
“Saya kira ini satu program yang lain daripada yang lain selepas melawat keseluruhan aktviti yang dijalankan. Saya ingin menggalakkan seluruh masjid terutama dalam kawasan Seri Setia untuk menganjurkan program-program yang sebegini bagus, untuk orang bukan Islam dan orang Islam juga ” katanya yang ditemui pada program Mosque Open Day di Masjid Tengku Kelana Jaya.

Senaman Taici


Pelbagai aktiviti telah dijalankan semasa program ini berlangsung antaranya senaman taici yang bermula seawal jam 7.30 pagi. Komuniti penduduk Cina turut bersama-sama hadir menyertai senaman taichi yang sangat sinonim dengan masyarakat Cina yang dijalankan di perkarangan Masjid Tengku Kelana Jaya Petra. Selain itu, antara aktiviti yang menarik perhatian peserta adalah seperti Mosque Tour dan Hijab Corner yang dijalankan oleh Hidayah Centre Foundation. Masyarakat bukan Islam tidak melepaskan peluang untuk merasai sendiri pengalaman masuk ke dalam masjid dan mendapatkan maklumat mengenai peranan masjid dan aktiviti yang dijalankan. 
.
Program Mosque Open Day yang dijalankan kali ini adalah bertemakan “Who is Muhammad?” bersempena bulan kelahiran baginda Nabi Muhammad saw. Pelbagai gerai pameran mengenai Nabi Muhammad juga turut disediakan bagi membolehkan para peserta membaca dan mendapatkan penjelasan lanjut mengenai peribadi Nabi Muhammad saw. Selain itu, terdapat juga gerai pemeriksaan kesihatan secara percuma yang dijalankan oleh Pusat Perubatan Kelana Jaya.


Program Mosque Open Day ini merupakan anjuran Majlis Perwakilan Penduduk Zon 22 dan Majlis Bandaraya Petaling Jaya dengan kerjasama Hidayah Centre Foundation, Masjid Tengku Kelana Jaya Petra dan IKRAMTeens. Alhamdulillah, semoga program ini dapat diadakan lagi di masa akan datang bagi mewujudkan rasa keharmonian antara masyarakat berbilang kaum di Malaysia ini. 

#HidayahCentreFoundation
#SampaikanIslamSantuniMualaf

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top