fbpx

INTERFAITH RUN: PACE4PEACE

GOMBAK, 1 Disember- Hidayah Centre Foundation berbesar hati menjadi antara penaja bagi program larian berbilang agama anjuran Quranic YouthClub (QYC) ,Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) ,BUDI juga penaja lain iaitu Projek 57 dan Christiansfor Peace and Harmony in Malaysia (CPHM).
.
Program larian pelbagai agama yang julung-julung kalinya diadakan dinamakan sebagai Pace4Peace adalah bertujuan meraikan keharmonian hubungan antara masyarakat pelbagai agama dan budaya di Malaysia. Pendaftaran program bermula seawal jam 7.00pagi dan peserta larian dilepaskan pada jam 8.00pagi. Seramai kira-kira 190 orang peserta yang turut disertai 70orang peserta bukan beragama Islam telah bersama-sama menyertai larian kali ini


Hidayah Centre Foundation juga turut berpeluang membuka gerai pameran di program tersebut. Para peserta boleh mendapatkan penerangan maklumat yang lebih tepat mengenai agama Islam. Selain itu, para peserta juga boleh mendapatkan bahan bacaan mengenai agama Islam yang diberikan secara percuma. 

Pengurus Besar Hidayah Centre Foundation, Tuan Haji Abd Rahman Kassim juga turut hadir menyampaikan kata-kata aluan seusai selepas tamat larian tersebut bersama barisan penganjur dan penaja yang lain. 

Semoga lebih banyak lagi program seumpama ini dapat dianjurkan pada masa akan datang seterusnya dapat membangkitkan semangat keharmonian hidup antara masyarakat berbilang agama lebih-lebih lagi di tanah air yang kita cintai ini, Malaysia.
.
#HidayahCentreFoundation
#SampaikanIslamSantuniMualaf
#InerfaithRun
#Pace4Peace

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top