Program Dakwah Master Training telah dijalankan dengan jayanya pada hari Isnin, 17 September 2018 hingga hari Khamis, 20 September 2018. Program ini telah disampaikan oleh Dr Shabir Ally, Presiden Islamic Information & Dakwah Centre International, Toronto, Canadayang dibawa khas ke Malaysia. Seramai 50 orang peserta yang terdiri daripada pelbagai NGO Dakwah di seluruh Malaysia telah hadir mengikuti kursus ini.
Rata-rata para peserta merasa teruja mendapat latihan khas dari pakar perbandingan agama, Dr.Shabir Ally. Kursus sepanjang 4 hari ini telah diisi penuh dengan ilmu-ilmu bermanfaat buat semua peserta mendepani cabaran dakwah di Malaysia.
#HidayahCentreFoundation
#SampaikanIslamSantuniMualaf