Bagi mereka yang tinggal atau berasal dari Selangor, ingin memeluk agama Islam, kami di Hidayah Centre Foundation sedia membantu memudahkan proses anda.
Berikut merupakan 5 cara yang paling mudah untuk memeluk Islam :
1) Hadir ke pejabat Hidayah Centre Foundation, di Taman Melawati, Kuala Lumpur.
2) Anda dikehendaki membawa bersama :
- Kad Pengenalan/Pasport
- 3 keping gambar berukuran pasport
- 2 orang saksi (Islam, Lelaki & Berumur 18 tahun ke atas)

3) Penerangan asas mengenai agama Islam akan diberikan oleh kakitangan HCF. Seterusnya proses Syahadah akan dijalankan.
4) Pihak HCF akan menguruskan pendaftaran Islam dengan pihak Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)
5) Kad dan Surat Islam akan dikeluarkan oleh pihak MAIS. Penama boleh mengambil kad dan surat tersebut di pejabat HCF selepas 2 minggu.

Begitu mudah sekali cara untuk memeluk agama Islam.Untuk membuat temujanji atau mengajukan sebarang pertanyaan, sila hubungi kami di talian 03-4108 9669 atau 011-24025934 (En. Faiq)
.
Tularkan kepada rakan-rakan anda yang berminat untuk memeluk agama Islam tetapi tidak tahu mengenai caranya.
#HidayahCentreFoundation
#SampaikanIslamSantuniMualaf
Slmt pg.
Sy ingin memeluk Islam sekeluarga.
Agama asal sy Hindu.
Isteri sy orang indonesia.kami mempunyai Dua orang anak.
Bagaima Cara memeluk islam.adakah perkahwin kami batal Dan kena nikah balik.haruska kami kena bawak dua orang saksi.mohon pencerahan.
Assalamualaikum. Boleh hubungi pic kami , Ustaz Faiq 01123319535
Slmt mlm.. Nma saya Rebecca Dan berasal dri kuching sarawak.. Saya berniat ingin memeluk Islam dlm masa terdekat ini tpi saya mempunyai tato salib Di lengan kiri saya.. Adakah boleh saya meneruskan niat saya utk memeluk Islam… Terima kasih
Salam. Bakal suami saya adalah warganegara Perancis dan tidak fasih berbahasa Inggeris.
Bolehkah pihak Hidayah Centre memudahkan urusan beliau untuk memeluk Islam?
Waalaikumsalam wrt. Boleh insyaAllah. Hubungi pic kami Ustaz Faiq 60 11-2331 9535
Boleh don’t worry
Assalamualaikum,
Bakal suami saya beragama Hindu, Dia ingin memeluk Islam dengan segera. Boleh ke saya bawa beliau ke hidayah centre tanpa saksi
Boleh. Jemput hadir ke HCF. Hubungi kami di talian 0341089669
Assalamualaikum…boleh saya tanya…bagaimana kalau saya sendiri saja pergi ke pejabat HCF…Tidak ada bawa saksi…bolehkah?Saya memang betul-betul mahu tukar agama…dari agama Kristian kepada agama Islam….saya memang mahu memeluk agama Islam…
Waalaikumsalam wrt. InsyaAllah boleh. Staff kami akan membantu
Assalammualaikum Warga HFC 🙂
KAD PERAKUAN AGAMA ISLAM saya telah hilang. Adakah dikenakan bayaran denda untuk buat kad yang baru?
Waalaikumsalam wrt. Masuk Islam di negeri mana ya saudari? Boleh hubungi pic jabatan saudara baru: 01123319535 (Ustaz Faiq)
Assalam, nk tnya,jika pengislaman disini ada cas pembyaran ke? Dan jika mualaf itu lelaki ingin bersunat cri doc sndiri atau hidyh Centre ada sediakn?.
waalaikumsalam wrt, tiada bayaran. Untuk perkhidmatan berkhatan, kami tidak sediakan tetapi ada klinik rujukan.
Hai boleh saya dapatkan nombor hidayah center sbb saya mahu memeluk agama islam tapi saya tiada saksi .
Hi ,selamat tengah hari , saya chiness saya nak tukar agama saya ke islam , apa yang diperlu kan ya , atau nak bawah apa document ya …sekain terima kasih
assalam saya nak memeluk agama islam tapi ibu bapa saya tak bagi saya bagi saya masuk islam saya beragama hindu yer
waalaikumsalam wrt. Boleh hubungi kami di 01160552445, jom kita borak.