fbpx

5 Sebab Kenapa Anda Perlu Sertai Street Dakwah.

Street Dakwah? Best ke nak join street dakwah ni? Apa faedahnya saya menyertai street dakwah, berbanding aktiviti sukarelawan yang lain?
Di sini, kami ingin merungkaikan segala persoalan yang bermain di minda anda. Berikut merupakan beberapa perkara yang bakal anda perolehi berdasarkan pengalaman kami dalam menyertai aktiviti street dakwah.

.

1. Meningkatkan kemahiran komunikasi
Dengan menyertai street dakwah, anda akan dapat meningkatkan kemahiran komunikasi lebih-lebih lagi ketika berhadapan dengan pelbagai ragam dan jenis persoalan dari masyarakat di luar sana. Haa… kemahiran anda bertutur dalam bahasa lain juga akan meningkat! Tak kiralah, bahasa Melayu, bahasa mandarin, bahasa tamil mahupun bahasa-bahasa lain yang bakal anda kuasai. Koniciwa! Ni Hao! Vanakkam!

2. Menguasai teknik menyampaikan Islam dengan berkesan.
Sebelum anda turun ke lapangan, anda akan dilatih oleh pendakwah yang berpengalaman luas dalam menjalankan street dakwah. Pelajarilah segala teknik dan rasailah sendiri pengalaman berharga turun ke lapangan menyampaikan Islam kepada masyarakat di luar sana.

3. Menambah kenalan Islam dan yang belum Islam.
Semestinya anda akan menambah bilangan kenalan anda baik yang Islam mahupun yang belum Islam! Alangkah beruntung sekiranya kenalan anda yang belum Islam itu menyatakan hasratnya menjadi Muslim! Ganjaran unta merah menanti anda!

4. Lebih berani dan semangat menyampaikan Islam.
Kebiasaanya kegusaran yang dihadapi oleh mereka yang turun menyertai street dakwah adalah tidak berani untuk memulakan penyampaian mengenai Islam. Anda akan mula berani menyapa sesiapa sahaja di sekeliling anda yang masih belum Islam selepas ini!

5. Dapat menjawab dengan baik soalan yang kerap ditanya oleh Non Muslim.
Anda juga akan mula terbiasa mendapat soalan-soalan yang kerap ditanya oleh mereka yang belum Islam. Anda akan mula berlatih untuk memberikan jawapan yang terbaik untuk setiap persoalan yang diberikan.
.
Mari bersama-sama kami dengan menyertai aktiviti street dakwah dalam usaha menyampaikan Islam dan menyantuni mualaf.
.
#HidayahCentreFoundation
#SampaikanIslamSantuniMualaf
#StreetDakwahHCF

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top