Tarikh : 08 Februari 2018 (Rabu)
Masa : 08.30 pagi – 01.00 petang
Tempat : Dewan Masyarakat Daerah Ranau
Alhamdulillah, jemputan ini merupakan jemputan yang pertama kali terlibat dalam Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Pantai Barat Utara di Daerah Ranau, yang dirasmikan oleh YB. DATUK SERI PANGLIMA MASIDI MANJUN S. P. D. K, P.G.D.K Menteri Pelancongan, Kebudayaan Dan Alam Sekitar Negeri Sabah.
Sambutan dalam pameran HCS ini sangat-sangat mengalakkan, di sini kami berpeluang memperkenalkan HCS dan terutamanya HCBT, kehadiran para pengunjung yang terdiri daripada ahli-ahli parlimen, jabatan-jabatan kerajaan, agensi-agensi kerajaan, ngo-ngo islam dan masyarakat sekitar daerah Ranau.
Terima kasih yang tak terhingga kepada pihak JHEAINS Daerah Ranau yang menjemput untuk HCBT membuat pameran pada hari tersebut. Dengan adanya pameran tersebut dapat membantu sedikit sebanyak HCBT untuk meningkatkan jaringan dan memperkenalkan kewujudan kami di daerah Ranau. Ponsikou Kie.