fbpx

Kursus Memperkasa Solat Saudara Baharu – Ranau

Tarikh: 23 Disember 2017, Sabtu
Masa: 8.00 pagi – 3.00 petang 
Tempat : Surau Kg Pinampadan, Ranau

Alhamdulillah, dengan izin Allah Subhanahu WataA’la kursus memperkasa solat dapat dilaksanakan dengan lancar dan baik sekali. Program ini mendapat sambutan yang baik dari penduduk kampung yang terdiri daripada golongan muallaf, Islam asal dan juga turut dibanjiri dengan kedatangan kanak-kanak.

Untuk makluman, program ini hasil usahasama antara Hidayah Centre Foundation Cawangan Bundu Tuhan (HCBT) dengan mahasiswa PBJJ Universiti Kebangsaan Malaysia Cawangan Sabah (UKM Sabah). Antara pengisian dalam program tersebut ialah: 1. Teori Taharah 2. Teori Solat 3. Praktikal Solat 4. Tahsin Al-Fatihah.

Harapan kami , semoga dengan adanya program ini menjadikan penduduk Islam sekitar Kg Pinampadan Ranau dapat melaksanakan ibadah solat dengan tertib dan sempurna. Akhir sekali, sekalung ucapan terima kasih kami ucapkan buat semua mahasiswa PBJJ UKM Sabah dan para penduduk kampung yang memberikan kerjasama yang baik dalam menjayakan program ini. Ponsikou Kio.

Hulurkan bantuan dan sumbangan anda kepada Hidayah Centre Sabah :

  • THE TRUSTEES OF HIDAYAH CENTRE FOUNDATION
    MAYBANK 5622 0962 4421
    BANK ISLAM 1211 3010 0494 33
    BANK RAKYAT 1104 6100 0356

emelkan resit ke hcf.danasabah@gmail.com atau
whatsapp resit ke 011-1881 2126

“Sampaikan Islam Santuni Mualaf”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top