fbpx

Kursus Penyembelihan Haiwan Ternakan – Kota Marudu

Tarikh : 21 November 2017, (Selasa )
Masa: 9.00 pagi – 2.00 petang,
Tempat : Rumah Saudara Baru iaitu Puan Salmah Ghani di Kampung Asin-asin Kota Marudu.

Syukur Alhamdulillah, dengan limpah kurnia Allah program kursus penyembelihan dapat dilaksanakan dengan baik sekali. Untuk makluman, program sembelihan ini adalah anjuran Hidayah Centre Foundation Cawangan Kota Marudu (HCKM) dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah Cawangan Kota Marudu (JHEAINS KM).

Buat julung kalinya, kursus penyembelihan dilaksanakan kepada penduduk Kg Asin-asin, mereka begitu teruja sekali kerana mendapat pendedahan berkaitan cara melaksanakan dan menyembelih ayam dengan betul mengikut hukum Islam. Antara objektif penganjuran kursus ini ialah seperti berikut

i) Memberi pendedahan kepada saudara baru perkara-perkara yang berkaitan dengan sembelihan
ii) Mempraktikkan cara-cara sembelihan yang betul dan sah menurut syariat Islam
iii) Mengamalkan amalan pemakanan yang sihat dan halal di sisi syarak.

Akhir sekali, kami dari HCKM mengucapkan jutaan terima kasih kepada JHEAINS KM dan para penduduk kampung yang bersama-sama menjayakan program sembelihan ini dengan baik sekali.

Terima kasih semua. Ponsikou Kio.

Hulurkan bantuan dan sumbangan anda kepada Hidayah Centre Sabah :

THE TRUSTEES OF HIDAYAH CENTRE FOUNDATION
MAYBANK 5622 0962 4421

emelkan resit ke hcf.danasabah@gmail.com atau
whatsapp resit ke 011-1881 2126

“Sampaikan Islam santuni mualaf”

https://www.facebook.com/media/set/?set=a.1778433648884975.1073742111.326759374052417&type=3

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top