fbpx

Bakti Siswa UIAM bersama HCF Bundu Tuhan

Tarikh:
15-19 Oktober 2017

Tempat:
Kg Karagasan Ranau, Sabah

Alhamdulillah, syukur kami panjatkan ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah izinnya program Bakti Siswa berjalan dengan jayanya.

Program ini adalah hasil kerjasama mahasiswa Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) bersama Hidayah Centre Foundation Kawasan Bundu Tuhan Sabah (HCBT), anjuran Mahallah Siddiq dan Nusaibah UIAM.

Suka kami kongsikan, Kg Karagasan ini terletak kira-kira 85 km dari pejabat HCF Bundu Tuhan. Setibanya di simpang Kg Timbua, rombongan kami terpaksa menempuhi jalan tidak berturap (gravel) untuk sampai ke Kg Karagasan.

Rombongan pelajar UIAM terpaksa menempuh perjalanan selama hampir 5 jam dari Kota Kinabalu ke Kg Karagasan. Walaupun perjalanan yang agak memenatkan, namun suasana desa dan indahnya ciptaan Tuhan melenyapkan kepenatan kami.

Jika menggunakan van penumpang atau kenderaan biasa, masa perjalanan dari pekan Ranau ke Kg Karagasan mungkin mengambil masa yang agak panjang iaitu sekitar 3 jam atau mungkin lebih. Apa tidaknya, penduduk Kg Karagasan jika hendak ke pekan Ranau, mereka akan memulakan perjalanan seawal jam 2 pagi dengan menggunakan van penumpang.

Sehubungan dengan itu, beberapa aktiviti yang menarik sepanjang program ini telah berlangsung seperti:

1) Smart solat
2) Fardhu Ain, belajar iqro’
3) Kursus Jenazah
4) Kem Motivasi pelajar Sk Karagasan
5) Gotong royong mengecat dinding surau
6) Kursus Sembelihan
7) Malam kebudayaan

Akhir sekali, kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada mahasiswa UIAM kerana sudi berkerjasama dengan kami HCBT, juga buat Cik Zura dan penduduk Kg Karagasan diatas kerjasama yang diberikan sepanjang program ini berlangsung.

Tahniah buat komite,
Tahniah untuk warga Kg Karagasan,
Tahniah buat semua.

Bangun pagi gosok gigi,
Sampai kita bertemu lagi.

P O N S I K O U K I O

https://www.facebook.com/media/set/?set=a.1676966642365010.1073742097.326759374052417&type=3

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top