fbpx

Peluk Islam di Aidiladha

Satu majlis syahadah disempurnakan oleh HCFPP tadi di Surau Sutera Prima, Seberang Jaya, Alhamdulillah.

—————————————-

Petikan daripada Harian Metro :

“HADIAH istimewa sempena hari lahir”, itu kata Yip Yew Fai, 26, selepas melafazkan dua kalimah syahadah pada hari kelahirannya, hari ini.

Yip yang juga eksekutif pengeluaran itu menyambut hari lahirnya dan memelk Islam di Surau Sutera Prima, Seberang Jaya.

Katanya, tiada hadiah yang lebih istimewa dibandingkan dengan hidayah Islam.

Dia yang kini dikenali Ibrahim Yip, berkata majlis pengislamannya juga diadakan pada hari kedua Aidiladha bagi mengambil semangat pengorbanan yang tersirat pada sambutan itu.

“Saya sudah lama mengenali dan belajar mengenai Islam daripada beberapa rakan.

“Malah, pernah berkenalan dengan seorang gadis Melayu namun belum berkesempatan untuk mengucap dua kalimah syahadah.

“Tapi, hari ini, saya membuat keputusan memeluk Islam di surau ini sebagai hadiah ulang tahun kelahiran saya sambil disaksikan oleh jemaah yang mengadakan majlis korban di sini,” katanya.

Menurutnya, walaupun masih belum memaklumkan kepada ahli keluarga, dia yakin tiada halangan daripada mereka kerana ibunya sendiri memberi kebebasan kepadanya untuk memeluk Islam.

———————————————–

Petikan daripada Berita Harian :

GEORGETOWN: Mengambil keberkatan dan erti pengorbanan Aidiladha, seorang lelaki memilih untuk memeluk Islam di Surau Sutera Prima, Seberang Jaya, pagi tadi.

Ibrahim Yip atau nama asalnya Yip Yew Fai, 26, memilih untuk melafazkan dua kalimah syahadah pada hari lahirnya yang turut disambut hari ini.

Ibrahim berkata, pengislamannya ialah hadiah hari lahir yang paling istimewa dan penuh makna.

“Saya sudah lama belajar mengenai Islam daripada beberapa rakan, tetapi belum berkesempatan untuk mengucap dua kalimah syahadah.

“Hari ini saya membuat keputusan memeluk Islam di surau ini sebagai hadiah ulang tahun kelahiran saya sambil disaksikan oleh jemaah yang turut mengadakan majlis korban di sini,” katanya ketika ditemui, di sini, hari ini.

Sementara itu, Pengerusi Surau Sutera Prima, Khairul Anuar Ishak, berkata pihaknya menyambut baik hasrat Ibrahim yang memilih untuk memeluk Islam di surau berkenaan, selain akan terus memberi bimbingan kepada Ibrahim untuk mendalami Islam.

————————————————–

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top