Team Peduli Asnaf Zakat menerima maklumat yang dipanjangkan oleh seorang sahabat dari Hidayah Centre Foundation Cawangan Pulau Pinang tentang suami isteri yang dalam kesulitan.
Suami isteri ini adalah penerima bantuan kewangan zakat bulanan ZPP. Turut menerima bantuan JKM.
Disebabkan penyakit batu karang dan hepatitis yang serius, ketua keluarga ini tidak dapat bekerja dengan konsisten kerana perlu kerap berulang alik ke hospital untuk rawatan. Pendapatan keluarga jadi tidak menentu.
Zakat Pulau Pinang akan mengaturkan bantuan tambahan yang sesuai buat keluarga asnaf ini Insya Allah.
Moga Allah mempermudahkan urusan serta memberi kesembuhan.