๐’๐ฎ๐ค๐š๐ซ๐ž๐ฅ๐š๐ฐ๐š๐ง ๐ก๐š๐๐ข๐ซ ๐๐ž๐ง๐ ๐ค๐ž๐ฅ ๐๐ž๐ง๐ ๐ฎ๐ซ๐ฎ๐ฌ๐š๐ง ๐‰๐ž๐ง๐š๐ณ๐š๐ก

8 Julai 2026
Rabu
HCF Bintulu

Alhamdulillah, beberapa orang Sukarelawan Rakan Hidayah Bintulu telah mewakili Hidayah Centre Foundation Bintulu untuk menghadiri Bengkel Pengurusan Jenazah Bahagian Bintulu di Surau Darussyakirin, Kampung Assyakirin Bintulu.

Bengkel yang menghimpunkan hampir 100 orang peserta ini memberikan pendedahan secara teori dan praktikal berkaitan pengurusan jenazah menurut syariat Islam. Penyertaan ini diharapkan dapat menambah ilmu, kemahiran serta meningkatkan kesiapsiagaan para sukarelawan dalam memberikan khidmat kepada masyarakat apabila diperlukan.

Bengkel ini dianjurkan oleh Jabatan Agama Islam Sarawak Bahagian Bintulu. Semoga segala ilmu yang diperoleh dapat dimanfaatkan sebaiknya serta menjadi bekalan amal yang berterusan. Terima kasih kepada pihak penganjur atas peluang dan perkongsian ilmu yang sangat bermanfaat.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top