๐๐ข๐๐ซ๐๐ก ๐๐ฎ๐๐ฅ๐๐
12 September 2025
Jumaat
HCF Kota Samarahan
Alhamdulillah Ustazah Roszaineie, Pegawai Operasi Cawangan Kota Samarahan bersama Puan Norhayati Abdullah, Ketua Kelas KBM Taman Desa Ilmu telah ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐ Puan Elianna binti Jambi, mualaf santunan yang baru sahaja melahirkan di Taman Desa Ilmu, Kota Samarahan.
Tujuan ziarah ini adalah untuk bertanya khabar dan perkembangan kesihatan beliau sekeluarga. Puan Elianna telah melahirkan puteri yang comel bernama Atiya Umirah pada bulan Ogos yang lepas.


Pihak HCF turut menyantuni ibunda Puan Elianna yang berbangsa Iban dan bukan Islam. Pihak HCF turut menyampaikan hadiah sempena kelahiran puteri beliau.
Mohon doa semua supaya anakanda beliau membesar menjadi anak yang solehah dan taat kepada ibu bapanya. Semoga Puan Elianna sekeluarga dipermudahkan segala urusan oleh Allah Azza Wa Jalla. Allahumma Aamin.