WASIAT & HIBAH
Apa Itu Wasiat?
Wasiat ialah pesan akhir seseorang sebelum meninggal dunia untuk menyerahkan harta atau manfaat tertentu kepada penerima yang dipilih.Dalam Islam, seseorang dibenarkan berwasiat sehingga 1/3 daripada harta (selepas ditolak hutang dan pembahagian faraid), dan diberikan kepada selain waris.Wasiat juga boleh dibuat untuk tujuan kebajikan,dakwah, dan amal jariah.Ia menjadi salah satu cara untuk meninggalkan legasi pahala berpanjangan.
Dalil Firman Allah SWT:
“Sesudah ditunaikan wasiat yang diwasiatkan oleh si mati, dan sesudah dibayarkan hutangnya; wasiat-wasiat yang tersebut hendaklah tidak mendatangkan mudarat (kepada waris-waris).” Surah an-Nisa’, ayat 12
APA ITU HIBAH?
Hibah ialah pemberian harta secara sukarela ketika seseorang masih hidup, tanpa mengharapkan balasan. Dalam Islam, hibah menjadi salah satu cara yang sah untuk mengagihkan harta kepada orang tertentu sebelum meninggal dunia. Hibah adalah sah apabila berlaku:
- Ijab (penyerahan)
- Qabul (penerimaan)
Hibah boleh diberikan kepada ahli keluarga, individu tertentu atau organisasi kebajikan seperti pusat dakwah, rumah anak yatim dan institusi pendidikan Islam.
Dalil daripada Saidatina Aishah R.A, Nabi SAW bersabda:
“Berilah hibah di antara kamu, kerana hibah dapat menghilangkan rasa benci.” Riwayat al-Bukhari
Kenapa Perlu Buat Wasiat & Hibah kepada HCF
1. Amal Jariah Berpanjangan
- Hibah atau wasiat kepada HCF menjadi sumber pahala berterusan selagi dakwah, pendidikan mualaf dan program kebajikan dijalankan menggunakan harta tersebut.
2. Menyokong Dakwah dan Bimbingan Mualaf
- Sumbangan anda memastikan mualaf mendapat sokongan spiritual, kebajikan dan pendidikan Islam yang menyeluruh membantu mereka memulakan perjalanan baharu dengan lebih kukuh.
3. Membina dan Mengembangkan Ummah
- Harta yang dihibahkan atau diwasiatkan membantu memperluas kegiatan dakwah, menggerakkan program komuniti dan membangunkan generasi pelapis Islam di pelbagai peringkat masyarakat.
4. Pengurusan Telus & Patuh Syariah
- Setiap sumbangan diuruskan secara profesional, mematuhi garis panduan syariah serta melalui proses dokumentasi yang jelas dan teliti.

