Alhamdulillah, semalam 5 September 2025 cuti Maulidur Rasul, Surau Al-Falahiah menjadi saksi majlis perkahwinan Lim Pei Lan & pasangan hatinya, Shahrul.
Lim Pei Lan kini sedang mengikuti sesi interaktif NMNR & KBM di HCF Bandar Tun Razak. Turut hadir meraikan pasangan mempelai adalah tenaga pengajar kelas NMNR iaitu Uncle Nazeli, Aunty Umi, Uncle Hasnan, Aunty Leha, rakan sesesi, dan volunteer.
Kami mendoakan agar kehidupan rumah tangga mereka dipermudahkan, sentiasa dalam rahmat Allah, dipenuhi mawaddah & sakinah, saling memberi kekuatan, dan dipermudahkan segala urusan. Semoga pasangan ini sentiasa bahagia, berkat, dan menjadi inspirasi kepada semua.
𝗦𝗲𝗹𝗮𝗺𝗮𝘁 𝗺𝗲𝗻𝗲𝗺𝗽𝘂𝗵 𝗵𝗶𝗱𝘂𝗽 𝗯𝗮𝗿𝘂, 𝗣𝗲𝗶 𝗟𝗮𝗻 & 𝗦𝗵𝗮𝗵𝗿𝘂𝗹!