TAHUKAH ANDA ?

Sekarang ini tular hashtag #howmuchhaveyouchangedchallenge .

Ramai betul kenalan yang menyertai. Pelbagai perubahan dapat disaksikan.

Hari Jumaat yang mulia ini, kami di HCF nak kongsikan satu perubahan juga. Dulu tahun 2014,hanya 14 kelas mualaf sahaja yang dapat HCF laksanakan di seluruh Malaysia.Tetapi, atas bantuan juga sumbangan penyumbang budiman, para pendakwah sekalian, alhamdulillah pada tahun 2020, kelas mualaf telah bertambah ke 46 di seluruh Malaysia termasuk di pedalaman Sabah & Sarawak. Kelas bimbingan mualaf ini diberikan secara PERCUMA! Iya PERCUMA, hasil sumbangan & sokongan anda semua.

Namun begitu, HCF masih memerlukan dana bantuan bagi memastikan kelas-kelas ini tetap beroperasi dengan permintaan yang semakin meningkat. Alhamdulillah, peningkatan positif ini menandakan Islam mula tersebar luas dan menjadi pilihan di hati masyarakat.

Hari ini hari Jumaat, ulama tersohor dunia, Ibnu Qayyim pernah berkata, “Sedekah pada hari Jumaat itu lebih utama berbanding sedekah pada enam hari lainnya seumpama bersedekah pada bulan Ramadan berbanding bulan-bulan lainnya”.

HCF sedang mencari 10,000 dermawan yang boleh menyumbang serendah RM10 sahaja untuk usaha dakwah & pemerkasaan mualaf. Tak rugi kita menyumbang, makin bertambah rezeki lagi insyaAllah.

Sumbangan boleh dibuat atas nama sendiri atau mak ayah datuk nenek dan keluarga yang masih hidup ataupun yang sudah meninggal dunia. Sumbangan anda amat dialu-alukan. Sahabat-sahabat semua boleh menyumbang melalui:

Bank : MAYBANK
Nama : The Trustees of Hidayah Centre Foundation
No. Akaun : 5622 0962 4421

ATAU

Boleh terus klik derma online
?www.dahsedekah.com
?www.dahsedekah.com

PS. Komen DahSedekah dan kongsikan posting ini pun insyaAllah akan dikira sebagai saham amal jariah kita. Terima kasih. ?

?Sumber gambar:
Laporan tahunan HCF. Boleh lihat di link?: https://hidayahcentre.org.my/laporan/

#SahamAkhirat
#SedekahJumaat
#KongsiPahala
#JomJadiOrangBaikBaik

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top