Satu detik penuh bermakna apabila HCF Pahang berpeluang menyaksikan pengislaman saudari Eva Nur Hilyani Rovica.
Beliau yang berasal dari Sarawak hadir ke Pejabat HCF Pahang dengan penampilan sopan lengkap bertudung dan berjubah, ditemani keluarga angkatnya yang menetap di Panching, Kuantan.
Langkah ini menjadi permulaan kepada sebuah perjalanan baharu sebagai saudara baru.
Usaha dakwah kini diteruskan melalui bimbingan dan sokongan agar beliau dapat mendalami ilmu agama serta menghayati keindahan Islam dengan sepenuh hati.
Semoga Allah SWT meneguhkan langkah dan hati saudari Eva dalam meniti jalan kebenaran ini.
#HCFPahang
#Syahadah
#SampaikanIslamPerkasakanMualaf





