fbpx

TABUNG CAHAYA

TABUNG CAHAYA MELENGKAPI HCF

Tabung Cahaya adalah satu tabung Hidayah Centre Foundation (HCF) untuk mengumpulkan dana bagi memenuhi keperluan takungan dan tanggungan HCF yang semakin meningkat. 

Tabung Cahaya ini telah diluluskan secara rasmi oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) pada 1hb September 2022.  Fokus manfaat daripada tabung ini adalah kebajikan dan pendidikan, di mana kedua-dua fokus ini penting dalam membangunkan modal insan negara. 

Tabung Cahaya telah diinspirasikan oleh barisan Pemegang Amanah HCF bagi menghargai sumbangan berterusan dari para penyumbang dan bagi mengukuhkan lagi kepercayaan masyarakat terhadap HCF sebagai sebuah NGO yang berintegriti, amanah dan telus. Istimewanya Tabung Cahaya HCF ini adalah setiap resit penerimaan sumbangan yang dikeluarkan layak mendapat perlepasan cukai.

Scroll to Top