HCF BUNDU TUHAN | 30 Ogos 2025 (Sabtu)
SUKAN HARMONI “RAPATKAN SAFF MELALUI SUKAN”
Alhamdulillah, HCBT telah mengadakan sebuah Sukan Harmoni iaitu Bola Tampar di Dewan Terbuka Kg Siba. Seramai 8 Kumpulan yang telah menyertai dalam pertandingan tersebut. Terdapat seramai 50 orang Non-Muslim yang hadir bagi memeriahkan lagi program ini.
HCF mengucapkan terima kasih kepada YADIM dan juga KDMRS Cawangan Ranau kerana turut terlibat dalam menjayakan program ini. HCF ingin ucapkan terima kasih atas sumbangan seperti net dan tambahan bola daripada Pengerusi Surau At Taqwa Kg Bundu Tuhan iaitu Tn Suhinin Bin Mumin.
Tidak lupa juga, kami ingin mengucapkan terima kasih kepada JPKK Kg Sokit iaitu Tn Norhafidzy Norbet Willy Kissi kerana merasmikan program tersebut.
Terima kasih kepada para penyumbang kerana telah menjayakan program sukan harmoni ini. Semoga Allah SWT perluaskan rezeki kita semua.