Street Dawah & Mosque Tour

Street Dawah & Mosque Tour 🕌📢

30 November 2025 (Ahad) – Alhamdulillah, program Street Dawah & Mosque Tour telah berlangsung pada petang Ahad. Seramai enam orang non-Muslim telah disantuni dengan bantuan dua orang sukarelawan, salah seorang daripada mereka berasal dari Amerika Syarikat dan China.

Pelancong dari Amerika ini sangat ramah dan berbual panjang dengan sukarelawan mengenai kepelbagaian agama di dunia. Menurut beliau, semua agama mengajarkan kebaikan dan setiap orang wajar menghormati kepercayaan masing-masing. Sukarelawan bersetuju dengan pandangan itu, namun menambah bahawa dalam Islam baik sahaja tidak cukup. Ini kerana tidak semua yang kelihatan baik itu benar. Oleh itu kebaikan dan kebenaran perlulah selari. Ukuran kebaikan pula harus datang daripada Tuhan bukan dari kacamata manusia semata-mata kerana Tuhanlah yang mencipta langit dan bumi serta seluruh isinya, maka hanya Tuhan sahaja yang layak menghakimi dan paling mengetahui akan semua perkara berbanding intelek manusia yang terhad dan sering dipengaruhi hawa nafsu.

Menariknya, beliau turut berkongsi tentang kepercayaan kepada Pantheism, iaitu kepercayaan bahawa seluruh alam ini adalah Tuhan. Sukarelawan berkongsikan bahawa menurut Islam, ciri-ciri Tuhan adalah jelas. Sukarelawan menerangkan menerusi surah Al-Ikhlas ayat 1–3, bahawa Tuhan yang sebenar hanyalah satu, seluruh alam bergantung kepadaNya, manakala Dia tidak bergantung kepada sesuatu pun. Tuhan tidak dilahirkan, tidak melahirkan, dan tiada apa pun yang serupa dengan-Nya.

Semoga usaha kecil ini membantu memperbetul salah faham tentang Islam dan menjadi asbab hidayah buat mereka. Bagi yang berminat untuk turut serta, boleh hubungi Bro Aslam (014-9432201) atau Sis Ira (017-5934070). Hidayah itu milik Allah swt, tugas kita sampaikan dengan hikmah. 😉

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top