Steet Dakwah Pelancong Non-Muslim

Sabtu | 21 September 2025

Alhamdulillah, Street Dawah & Masjid Tour diteruskan petang ini di Masjid Melayu Lebuh Acheh. Seramai 11 pelancong non-muslim telah disantuni dengan bantuan 3 orang sukarelawan.

Antaranya sepasang pelancong dari Itali yang bertanya sama ada Islam hanya boleh diwarisi melalui keturunan sahaja. Sukarelawan menjelaskan bahawa Islam adalah agama universal, terbuka untuk semua tanpa mengira bangsa atau latar belakang. Islam bukan sekadar agama, tetapi cara hidup (Ad-Deen) yang lengkap merangkumi seluruh aspek kehidupan, serta meraikan kepelbagaian kaum dan budaya selagi tidak bercanggah dengan prinsip agama.

Semoga usaha kecil ini membantu meluruskan salah faham tentang Islam dan menjadi asbab hidayah buat mereka. Bagi yang berminat untuk turut serta, boleh hubungi Bro Aslam (014-9432201) atau Sis Ira (017-5934070).

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top