Sekitar Masjid Umar Ibnu Al-Khattab Open Day

Sekitar Masjid Umar Ibnu Al-Khattab Open Day

17 Ogos 2025 (Ahad) – Alhamdulillah, pada Ahad lalu berlangsungnya Open Day Masjid Umar Ibnu Al-Khattab dengan sambutan menggalakkan bersempena bulan Kemerdekaan. Seramai 50 orang tetamu bukan Islam hadir dan disantuni dengan penuh mesra.

Tujuan program ini adalah untuk membuka ruang saling memahami antara satu sama lain, serta memberi penerangan mengenai Islam yang membawa mesej kedamaian dan keharmonian untuk semua.

Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini. Semoga hubungan baik serta persefahaman ini terus subur dalam masyarakat kita.

#SampaikanIslamPerkasakanMualaf

#infoaboutislam

#pulaupinang

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top