Di saat ramai remaja hari ini leka dengan hiburan dan keseronokan duniawi, masih ada jiwa muda yang memilih jalan berbeza, jalan dakwah.
HCF Pahang dengan kerjasama HCF Kelantan telah menganjurkan sesi perkongsian khas di Pejabat HCF Pahang, Kuantan.
Program ini bertujuan memberi pendedahan kepada golongan remaja tentang dakwah kepada non Muslim serta memahami gerak kerja lapangan yang dijalankan oleh HCF.
Sesi perkongsian disampaikan oleh Tuan Haji Abdul Karim bin Awang Kechik, Pengerusi GDM Pahang yang berkongsi tentang konteks dakwah sebenar serta kaedah penyampaian yang berkesan dan berhikmah.
Usaha ini diharap dapat menanam rasa tanggungjawab dan tujuan hidup dalam diri remaja agar mereka melihat bahawa masa muda bukan hanya untuk berseronok, tetapi untuk memberi makna kepada kehidupan melalui dakwah dan khidmat kepada masyarakat.
Semoga perkongsian ini menjadi pencetus semangat untuk lebih ramai remaja bangkit menyampaikan Islam dan memperkasakan mualaf.





