Retreat AJK Rakan Hidayah (RH) Wilayah Persekutuan 2022

KUALA LUMPUR, 23 Januari 22 – Hidayah Centre Foundation cawangan Wilayah Persekutuan dan wakil AJK Rakan Hidayah daripada kawasan Bandar Tun Razak, Lembah Pantai dan Batu telah berkongsi perbincangan isu dan pelan strategik untuk mencapai resolusi bersama di dalam Retreat AJK Rakan Hidayah 2022 yang diadakan pada 23 Januari 2022 di pejabat pengurusan Hidayah Centre Foundation cawangan Bandar Tun Razak.

Objektif penganjuran retreat ini adalah sebagai medium percambahan, perkongsian idea dan perbincangan pelbagai aspek strategik meliputi aspek dakwah bukan Islam (outreach), mualaf dan kesukarelawan. Retreat ini penting bagi mendukung misi Hidayah Centre Foundation untuk menyampaikan Islam dan memperkasakan mualaf.

Pihak Hidayah Centre Foundation cawangan Wilayah Persekutuan mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua AJK Rakan Hidayah yang telah terlibat dalam retreat ini.

JOM BERSAMA-SAMA KAMI…”Sampaikan Islam, Perkasakan Mualaf.”

Jom ????? SEKARANG.
Maybank 550510850047
Hidayah Centre Foundation KL

Jom ?????? kami.
Facebook : fb.me/hcf.wpkl
Instagram : instagram.com/hcf.wpkl

#rakanhidayahkl
#hcfwpkl

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top