Ipoh, 5 September – Telah diadakan Rehlah Malaysia Merdeka dan Sambutan Maulidur Rasul bertempat di Padang Gunung View, Ipoh. Program ini merupakan anjuran Masjid Abdul Rahman Auf, Taman Rapat Kopersi dan Hidayah Centre Foundation (HCF) dijemput berkolobrasi.
Program bermula dengan nyanyian lagu NegaraKu, kemudian perkongsian Maulidur Rasul yang disampaikan oleh Pengerusi Masjid Hj. Dr. Khairuddin seterusnya sarapan pagi bersama.



Hampir 150 orang dalam kalangan masyarakat majmuk telah hadir. Pelbagai aktiviti disediakan antaranya permainan kanak2, kuiz, hijab booth dan pameran mengenai Nabi Muhammad s.a.w





