๐๐ซ๐จ๐ ๐ซ๐๐ฆ ๐๐๐ง๐ญ๐ฎ๐ง๐๐ง ๐๐๐ฎ๐๐๐ซ๐ ๐๐ข๐ญ๐
28 November 2025
Jumaat
HCF Sibu
Program Santunan Saudara Kita anjuran Persatuan Dayak Muslim Kebangsaan (PDMK) dan Hidayah Centre Foundation (HCF) dengan kerjasama Tabung Baitulmal Sarawak (TBS) telah berlangsung dengan jayanya di Surau Darul Nurliana, Selangau.
Program yang diadakan pada 28 November 2025 ini telah diisi dengan ceramah bertajuk โSuburkan Nilai Murni Aqidahkuโ oleh Ustaz Haji Fadhlullah, yang memberikan banyak ilmu serta peringatan bermanfaat kepada para peserta.



Terima kasih kepada TBS atas sumbangan berupa peralatan sekolah, telekung dan Al-Quran yang diberikan kepada para hadirin. Semoga usaha ini terus mengeratkan ukhuwwah, menyuburkan nilai keimanan serta memberi dorongan kepada Saudara Kita dalam perjalanan mereka memahami Islam dengan lebih mendalam.
Jazakumullahu khairan kepada semua yang hadir dan menyokong program ini. Semoga bertemu lagi di program akan datang.![]()





