(14 FEBRUARI 2022 / ISNIN / BERSAMAAN 12 REJAB 1443H
Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq (MSABA) dengan kerjasama Hidayah Centre Foundation (HCF), Gabungan Dakwah Malaysia (GDM), dan Malaysian Chinese Muslim Association (MACMA) telah mengadakan satu Program Harmoni Sempena Hari Wilayah Persekutuan Dan Menyantuni Masyarakat Cina Sekitar Bangsar.
Alhamdulillah seramai 50 orang golongan B40 berbangsa cina sekitar Bangsar disantuni. Antara pemberian sumbangan adalah berbentuk barangan keperluan asas dan ‘Ang pow’ raya bagi meraikan kehadiran mereka.
Program ini juga turut dihadiri oleh YBhg. Dato’ Haji Salleh bin Yeop Abdul Rahman selaku Pengerusi Jawatankuasa Masjid, Ustaz Mohd Berkat bin Hasan Wakil Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Pengurusan Masjid JAWI, Ybhg. Ustaz Mohd Faizul bin Mohd Razali Pegawai Tadbir Agama Zon 6, Dato Mohd Chan Abdullah selaku pengasas Chan’s Restaurant, Puan Kim Chee Presiden Persatuan Penduduk Bangsar Baru, Tuan Mohd bin Johari Pengerusi Persatuan Penduduk PPR Sri Pahang, Hj. Wan Ahmad Nizar Pengerusi GDM, dan Abdul Ghaffar Mohamad Sharif CEO GDM.
Semoga program ini memberi manfaat kepada semua golongan dan dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim diantara satu sama lain.
#HCF











