PROGRAM AGIHAN SUMBANGAN BAKUL MAKANAN

HCF BUNDU TUHAN | 5 November 2025 (Rabu)

PROGRAM AGIHAN SUMBANGAN BAKUL MAKANAN

Alhamdulillah, HCF Bundu Tuhan telah membawa rombongan daripada IKRAM Kuala Langat & IKRAM Kuala Selangor masuk ke Kg Togop Darat untuk melaksanakan Program Agihan Sumbangan Bakul Makanan kepada 70 Ketua Isi Rumah yang terdiri daripada 25 Non Muslim dan 45 Mualaf.

Kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Pengerusi Surau dan Masyarakat Kg Togop Darat yang mana telah menerima kami untuk melaksanakan program tersebut.

Tidak dilupakan juga kami ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada IKRAM Kuala Langat & Kuala Selangor dan juga agensi-agensi yang terlibat secara langsung dalam menjayakan program ini. Hanya Allah SWT sajalah yang dapat membalas jasa baik kalian semua.

Kami juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada para penyumbang atas sumbangan yang mereka berikan kepada masyarakat Kampung Paka Kawiyan. Semoga Allah SWT merahmati dan melindungi kita semua dan semoga para penyumbang sentiasa diperluaskan rezekinya. Amin.

#sampaikanislamperkasakanmualaf

#IKRAM

#HCBT

#HCF

#YADIM

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top