Pengagihan Bubur Masja-Sa

π‘·π’†π’π’ˆπ’‚π’ˆπ’Šπ’‰π’‚π’ 𝑩𝒖𝒃𝒖𝒓 𝑴𝒂𝒔𝒋𝒂-𝑺𝒂

8 Mac 2026
Ahad
HCF Kuching

Alhamdulillah, kakitangan Hidayah Centre Foundation (HCF) Sarawak cawangan Kuching bersama Rakan Hidayah Kuching terlibat dengan pengagihan bubur Masja-Sa anjuran Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak (LAKMNS) di Masjid Jamek Negeri Sarawak secara pandu lalu.

Kali ini penglibatan HCF bermula dari penyediaan bahan, proses memasak, pembungkusan sehinggalah pengagihan bubur.

Ini merupakan pengalaman pertama bagi beberapa orang mualaf dalam membantu pengagihan bubur lambuk di bulan Ramadan. Semoga pengalaman ini menjadi kenangan yang bermakna kepada mereka. Terima kasih kepada pihak Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak dan Masjid Jamek Negeri Sarawak.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top