NORDIN TEMUI CAHAYA

NπŽπ‘πƒπˆπ π“π„πŒπ”πˆ π‚π€π‡π€π˜π€, 𝐃𝐀𝐍 π‚π€π‡π€π˜π€ πˆπ“π” ππ„π‘π’πˆππ€π‘ 𝐃𝐄𝐍𝐆𝐀𝐍 π’π„πŒπ€ππ†π€π“ πŒπ„ππ‚π€π‘πˆ πˆπ‹πŒπ”

Di mana kita bermula tidaklah sepenting bagaimana pengakhiran yang kita dambakan.

Pada Ogos tahun lalu, Hidayah Centre Foundation (HCF) Sabah telah melaksanakan satu kembara dakwah di Paitan. Alhamdulillah, rombongan tersebut terdiri daripada sahabat-sahabat dari Semenanjung yang hadir dengan niat ikhlas untuk merasai sendiri pengalaman menyantuni masyarakat di pedalaman Sabah.

Dengan izin Allah, dalam kembara dakwah itu, Nordin (berbaju hitam) telah kembali kepada fitrah, disaksikan oleh seluruh rombongan. Satu detik yang amat mengesankan dan penuh kesyukuran.

Pada bulan September, kami menghantar Nordin ke Pusat Bimbingan Islam, Kedah (PUSBA) untuk mengikuti pembelajaran fardu ain. Sekali lagi, Alhamdulillah, Nordin telah terpilih sebagai pelajar terbaik bagi sesi tersebut.

Nordin, berusia 29 tahun dan masih bujang. Setelah mengenali dan mempelajari Islam, beliau semakin jatuh cinta kepada keindahan agama ini.

Kelmarin, kami menghantar Nordin ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu bagi meneruskan perjalanan perjuangannya di Institut Dakwah Islamiah PERKIM, Kelantan (IDIP).

Semoga Nordin terus istiqamah, memahami Islam dengan sebaiknya, dan seterusnya menjadi ejen kebaikan yang menyampaikan keindahan Islam kepada masyarakat.

Mari bersama perkasa lebih ramai mualaf

www.infaqhidayah.com
www.infaqhidayah.com
www.infaqhidayah.com

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top