Kisah Mualaf : Nur Aleena Lim

Seorang anak Sarawak yang kini menemui ketenangan dalam Islam .“Saya ingin berkongsi sedikit kisah tentang perjalanan saya mengenal Islam.

Pada awalnya, segalanya terasa baru dan mencabar. Saya takut tidak mampu, takut tidak diterima. Tapi setiap kali saya cuba mendekatkan diri kepada Allah, hati saya menjadi tenang.


Saya belajar bahawa Islam bukan tentang menjadi sempurna, tetapi tentang keikhlasan dan usaha untuk menjadi lebih baik setiap hari.Buat sahabat mualaf yang sedang berjuang — jangan pernah berputus asa. Setiap langkah kecil menuju Allah pasti bernilai besar di sisi-Nya. 🌷

Nur Aleena Lim ialah salah seorang mualaf santunan Hidayah Centre Foundation (HCF) yang kini aktif mengikuti kelas dan bimbingan bersama Dai kami. Semoga kisah beliau menjadi inspirasi buat kita semua — bahawa hidayah itu indah bila diterima dengan hati yang terbuka. 💫

✨ Ayuh bersama HCF, menaja pendidikan untuk mualaf

Teruskan menyokong usaha HCF menyampaikan dakwah Islam dan memperkasakan mualaf. 

Ain - Mualaf Bidayuh yang menemui Cahaya Islam


Ain, seorang mualaf dari suku kaum Bidayuh, mula mengenali Islam setelah berhijrah ke Miri untuk bekerja. Pada awalnya, beliau tiada agama, namun hatinya mula tertarik kepada Islam apabila melihat umat Islam berpuasa di bulan Ramadan.

Tahun 1989 menjadi titik perubahan terbesar apabila Ain, bersama suami dan anak-anak, membuat keputusan untuk memeluk Islam.

Kini, pada tahun 2025, Ain mula menyertai Program QFM anjuran Hidayah Centre Foundation. Selain itu, beliau juga aktif sebagai sukarelawan HCF, membantu menjayakan pelbagai program dakwah dan kebajikan.

Sebagai seorang mualaf yang telah bertahun-tahun memeluk Islam, Ain sangat bersyukur kerana berpeluang menunaikan ibadah Qurban tahun ini.

📸 Kredit gambar: Program Santai & Bacaan Yaasin di Cawangan HCF Miri bersama institusi IKRAM, SRIAAM & TTAAA

Kisah Ahmad Andrew : Dulu Jiwanya Keliru, Kini Allah Hadiahkan Cahaya

31 Disember 2021 – tarikh yang tak mungkin dilupakan oleh Ahmad Andrew.Hari itu, hidupnya berubah selamanya. Beliau pernah melalui jalan hidup yang penuh cabaran. Ada masa dirinya keliru dengan identiti dan mencari bahagia dengan cara yang akhirnya tidak pernah menenangkan jiwa. Namun Allah Maha Penyayang – di tengah musibah banjir besar yang menimpa Jalan Batu Bata, Titiwangsa, Allah hadirkan cahaya hidayah.
 
Ketika menerima bantuan daripada rombongan PERKIM, Andrew buat pertama kali terasa sesuatu yang luar biasa apabila melihat senaskah Al-Quran dihulurkan. Seakan ada suara halus memanggilnya. Air matanya menitis tanpa disedari. Saat dimaklumkan bahawa Al-Quran itu hanya untuk orang Islam, tiba-tiba lahirlah keberanian luar biasa dalam dirinya.“Kalau begitu, Islamkan saya sekarang juga. Aku tak mahu menunggu lagi. Kalau hanya dengan menjadi Islam aku boleh memiliki sahabat lama ini—maka Islamlah jalanku!”
 
Di hadapan orang ramai, dengan linangan air mata, Andrew melafazkan dua kalimah syahadah. Sejak hari itu, beliau dikenali sebagai Ahmad Andrew, seorang Muslim. Kini, Ahmad Andrew juga merupakan mualaf santunan Hidayah Centre Foundation. Beliau aktif mengikuti pelbagai program bimbingan, mencari ilmu, serta membina kehidupan baru sebagai seorang Muslim.Kalau dulu aku mencari cinta manusia, kini aku hanya dambakan cinta Allah. Kalau dulu aku mencari sahabat yang menenangkan, kini aku tahu – Al-Quran inilah sahabat sejati yang akan menuntunku sampai akhir hayat.”
 
 
Teruskan menyokong usaha HCF menyampaikan dakwah Islam dan memperkasakan mualaf.  

Kisah Syahadah Eric Tan Yang Menguatkan Kasih & Keluarga

Eric Tan dibesarkan dalam keluarga yang tidak begitu mengamalkan ajaran agama secara mendalam. Namun, sejak kecil beliau tetap memilih untuk menghadiri beberapa upacara dan majlis tertentu pada hari-hari perayaan. Sejak di sekolah rendah, beliau mula mengenali Islam apabila melihat rakan-rakannya menunaikan solat dan menghadiri kelas agama.

Namun, minat itu benar-benar mendalam apabila beliau berkawan rapat dengan seorang gadis Melayu Muslim yang kini menjadi isterinya. Pengalaman menyertai solat Tarawih bersama keluarganya, dan dibimbing oleh bakal ayah mertua, menjadi detik yang membuka hati beliau kepada keindahan Islam.

Mengenang kembali saat melafazkan syahadah, Eric menggambarkan perasaan itu sebagai tenang, damai dan sangat meyakinkan. “Hati saya merasakan bahawa inilah jalan yang benar,” katanya.



Selepas Ramadan tersebut, beliau mula mengikuti kelas di Hidayah Centre Foundation (HCF) — langkah yang mengubah kehidupannya. Melalui kelas Fardhu Ain, Eric memahami asas-asas penting dalam Islam dan mula membina keyakinan dalam ibadah. Dengan bimbingan dan latihan, beliau kini mampu mengimamkan isterinya serta membaca iqamat untuk bapa mertuanya — sesuatu yang sangat membanggakan bagi dirinya.

Eric juga amat menghargai suasana HCF yang meraikan mualaf tanpa mengira latar belakang. Baginya, HCF menjadi tempat yang menyatukan mereka yang datang daripada perjalanan yang berbeza, tetapi mencari cahaya yang sama.

Walaupun perjalanan awalnya tidak sepenuhnya mudah, Eric bersyukur kerana keluarga dan orang terdekat akhirnya menerima keputusan beliau. Sokongan mereka menjadikan cabaran itu semakin ringan dari hari ke hari.

Hari ini, Eric melihat kehidupan dengan perspektif yang lebih luas dan penuh kesyukuran. Setiap perkara dihadapi dengan sabar, syukur dan keyakinan kepada Allah. Beliau juga berasa lebih bertanggungjawab dalam peranan sebagai suami dan anak, seiring tuntutan ajaran Islam.🌙

📸 Kredit gambar: Program Hidayah Centre Foundation
.
Teruskan menyokong usaha HCF menyampaikan dakwah Islam dan memperkasakan mualaf. Maklumat lanjut boleh layari >> hidayahcentre.org.my
Untuk menyumbang
🌐 Layari: www.infaqhidayah.com
💳 Atau sumbang terus melalui perbankan
Maybank: 5622 0962 4421
Bank Islam: 1211 3010 0494 33

Scroll to Top