Antara usaha utama Hidayah Centre Foundation (HCF) ialah menyantuni mereka yang sedang mencari kebenaran tentang Islam.
Kami tidak menunggu di pejabat, sebaliknya kamilah yang datang menemui anda — di mana sahaja anda berada. Cukup sekadar hubungi kami, insyaAllah pertemuan akan diatur dengan penuh mesra dan hikmah. 🤝
Baru-baru ini, kami menerima panggilan daripada Tuan Zul yang ingin memperkenalkan Islam kepada anak angkat beliau, Ben. Alhamdulillah, sesi pertemuan berlangsung dengan tenang dan penuh makna, membincangkan asas-asas Islam serta nilai keindahannya. 🌸
Kami juga amat menghargai kerjasama International Islamic Information & Daawah Centre yang menjadi penghubung kepada pertemuan berharga ini.
📸 Gambar dikongsi dengan izin keluarga, dan seperti biasa, privasi anda sentiasa menjadi keutamaan kami.
#hcf
#dakwah
#outreach





