| ZIARAH MUALAF |
Alhamdulillah, pada 11 Disember 2025 pihak HCF Perak telah berkesempatan menziarahi seorang mualaf santunan HCF Perak di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh.


Anak beliau yang berusia 5 tahun telah mengalami kemalangan ketika berada di dalam tandas di rumah, sehingga memerlukan rawatan lanjut di hospital. HCF Perak yang diwakili Ustaz Syahid, telah hadir bagi mendapatkan perkembangan terkini berkenaan keadaan anak tersebut serta memberi kata-kata semangat kepada keluarga.
Dalam kesempatan tersebut, HCF Perak juga menyerahkan sedikit sumbangan bagi membantu meringankan beban yang ditanggung keluarga mualaf ini. Semoga Allah kurniakan kesembuhan segera. Aamin.





