Memperkukuh Kerjasama Dakwah & Kebajikan

๐‘ฎ๐’‚๐’•๐’‰๐’†๐’“๐’Š๐’๐’ˆ ๐‘ด๐’‚๐’‰๐’‚๐’ƒ๐’ƒ๐’‚๐’‰ ๐‘ฉ๐’–๐’๐’‚๐’๐’‚๐’ (๐‘ป๐’†๐’“๐’‚๐’Œ๐’‰๐’Š๐’“ 2025)

18 Disember 2025 | Alhamdulillah, Gathering Mahabbah Bulanan anjuran Hidayah Centre Foundation Pulau Pinang (HCFPP) bersama IKRAM telah berlangsung dengan penuh keberkatan. Lebih 35 orang daripada kalangan staf, mualaf dan sukarelawan Rakan Hidayah hadir memeriahkan majlis dalam suasana ukhuwwah dan mahabbah.

Program dimulakan dengan bacaan zikir al-mathurat, jamuan berbuka puasa, solat maghrib berjemaah dan tazkirah ringkas yang membangkitkan iman. Turut disertakan sesi perkongsian dan kemas kini program-program semasa HCFPP dan IKRAM, sebagai usaha memperkukuh kerjasama dakwah serta menyelaraskan gerak kerja kebajikan dan komuniti.

Setinggi-tinggi penghargaan kepada sahabat IKRAM Barat Daya dan IKRAM Timur Laut, serta semua rakan yang menyumbang juadah potluck untuk berbuka bersama.

Semoga pertemuan ini terus diberkati dan menjadi wasilah mendekatkan kita kepada Allah serta menguatkan ikatan sesama kita.

“๐‘บ๐’‚๐’Ž๐’‘๐’‚๐’Š๐’Œ๐’‚๐’ ๐‘ฐ๐’”๐’๐’‚๐’Ž, ๐‘ท๐’†๐’“๐’Œ๐’‚๐’”๐’‚๐’Œ๐’‚๐’ ๐‘ด๐’–๐’‚๐’๐’‚๐’‡”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top