Majlis Iftar Jamaie

๐Œ๐š๐ฃ๐ฅ๐ข๐ฌ ๐ˆ๐Ÿ๐ญ๐š๐ซ ๐‰๐š๐ฆ๐š๐ข๐ž, ๐’๐ž๐ฅ๐š๐ง๐ ๐š๐ฎ

14 Mac 2026
Sabtu
HCFSibu

Alhamdulillah, Majlis Iftar Jamaie telah berlangsung dengan penuh kemesraan dan keberkatan di Restoran Nurliana Abdullah, Selangau. Program ini menghimpunkan para mualaf bersama keluarga non-Muslim, sekali gus menjadi ruang untuk mengeratkan silaturahim serta menyemarakkan suasana Ramadan dalam suasana yang harmoni.

Para hadirin turut mengikuti sesi tazkirah bertajuk โ€œ10 Malam Terakhir, Hadiah Istimewa untuk Kitaโ€ sebagai pengisian rohani menjelang fasa akhir Ramadan. Majlis diteruskan dengan iftar, solat Maghrib, jamuan makan serta solat Isyak dan Terawih secara berjemaah.

Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang hadir, serta mereka yang turut memeriahkan majlis melalui sumbangan makanan dan potluck. Semoga kebersamaan ini terus menguatkan ukhuwah dan membina jiwa taqwa dalam kalangan masyarakat.

.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top