π΄πππππ π¨πππ π΅ππππ π΄πππππ
25 Januari 2026
Ahad
HCF Kuching
Syukur pada 25 Januari 2026, Hidayah Centre Foundation (HCF) Sarawak Cawangan Kuching bersama Rakan Hidayah Kuching dan pelajar Kelas Bimbingan Mualaf telah menghadiri majlis akad nikah mualaf santunan, Nur Elfira dan pasangan beliau Mohd Nussallin. Majlis akad nikah pasangan ini diadakan di Biebot Kitchen. Alhamdulillah, HCF turut membantu dalam urusan permohonan perkahwinan dan majlis akad nikah mereka.
Untuk itu juga, kami dari Hidayah Centre Foundation Sarawak turut mengucapkan tahniah kepada saudara baru kita ini dan terus berdoa supaya pernikahan ini menjadi jambatan yang kuat untuk terus mengenali dan belajar tentang Islam. Tahniah kami ucapkan!





