π²πππππ π¬ππππππ π²πππππππ π°ππππ
12 November 2025
Rabu
HCF Kuching
Alhamdulillah, Hidayah Centre Foundation Sarawak cawangan Kuching dengan Kerjasama Kolej Komuniti Mas Gading telah mengadakan Kursus Ekonomi Keluarga Islam kesinambungan daripada Karnival Pembelajaran Islam Sepanjang Hayat (PISH) pada 1 dan 2 November yang lepas. Seramai hampir 30 peserta telah menyertai kursus yang dianjurkan di Pejabat Hidayah Centre Foundation Sarawak cawangan Kuching ini. Pengisian kursus ini termasuklah konsep keluarga dalam Islam, konsep ekonomi dalam Islam dan prinsip asas perbelanjaan dalam keluarga disampaikan sendiri oleh Ketua Operasi Wilayah Sarawak Hidayah Centre Foundation, Ustaz Fathurrahman bin Othman.
Penganjuran kursus ini diharap dapat melahirkan lebih ramai individu yang mengamalkan ajaran Islam secara menyeluruh dalam kehidupan harian serta menyemarakkan semangat menuntut ilmu sepanjang hayat. Terima kasih Kolej Komuniti Mas Gading





