KNOW & LOVE YOUR NEIGHBOURS

KNOW & LOVE YOUR NEIGHBOURS Sempena Maulidurrasul 2025

September 2025 – Alhamdulillah, tahniah dan syabas diucapkan kepada semua sukarelawan yang terlibat dalam Program Know & Love Your Neighbours sempena Maulidurrasul 2025. Sebagai tanda kasih sayang dan mencontohi ajaran junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, goodies istimewa bersama bunga ros telah dihadiahkan kepada jiran dan kenalan.

Program ini bertujuan menonjolkan keindahan Islam serta memperkenalkan peribadi dan akhlak Rasulullah kepada masyarakat di Pulau Pinang.

Kami menyediakan 50 buah goodies istimewa sempena Kempen Kenalkan Nabi Muhammad S.A.W (KKNM) untuk diagihkan kepada teman dan jiran terdekat. Sambutan sangat menggalakkan daripada Rakan Hidayah dan goodies telah diedarkan dalam masa beberapa hari sahaja.

Semoga usaha ini mendapat ganjaranNYA dan paling penting dapat mencapai objektif Kempen yang kita anjurkan.

#KKNM

#Maulidurrasul

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top