KARNIVAL KANAK-KANAK 2026
AEON BIG Seberang Jaya
Sabtu, 10 Januari 2026
Alhamdulillah, Hidayah Centre Foundation Pulau Pinang (HCFPP) berpeluang membuka booth sempena Karnival Kanak-Kanak 2026 anjuran IKRAM Permatang Pauh.
Dalam program ini, HCFPP turut menyalurkan bantuan Back to School kepada 6 orang anak-anak mualaf bagi meringankan keperluan persekolahan mereka menjelang sesi baharu.



Semoga sumbangan kecil ini menjadi asbab kegembiraan, motivasi dan sokongan berterusan buat keluarga mualaf yang disantuni.





