fbpx

sejarah, visi dan misi

Latar Belakang, Visi, Misi dan Nilai Korporat Hidayah Centre Foundation

Latar Belakang

Hidayah Centre (HC) telah ditubuhkan pada tahun 2005 sebagai satu institusi yang berkhidmat untuk menghubungkan komuniti daripada pelbagai etnik dan agama di Malaysia. Khidmat dan aktiviti HC adalah tertumpu kepada masyarakat berbilang bangsa dan agama, serta mualaf yang memerlukan bantuan dan bimbingan dalam pelbagai aspek.

Pada 29 Februari 2012, The Trustees of Hidayah Centre Foundation Registered atau lebih dikenali sebagai Hidayah Centre Foundation, telah diperbadankan secara rasmi di bawah Bahagian Hal Ehwal Undang-undang (BHEUU),  Jabatan Perdana Menteri (JPM) dengan nombor pendaftaran PPAB-14/2012.

Kamu adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi umat manusia, kerana kamu menyuruh kepada kebaikan dan mencegah kepada kemungkaran serta kamu beriman kepada Allah.

Visi

Hidayah Centre Foundation menjadi organisasi rujukan dalam perkongsian Islam dan pemerkasaan Mualaf.

Misi

Hidayah Centre Foundation ditubuhkan bagi membudayakan perkongsian keindahan Islam, membetulkan salah faham tentang Islam dan memperkasakan Mualaf. Untuk mencapai misi ini, kami mengambil pendekatan yang menyeluruh dan sistemik, dengan penuh rasa tanggungjawab dan prihatin terhadap masyarakat.

Nilai Korporat

Scroll to Top