INFAQ & WAKAF HARTA
Sedekah Berimpak Tinggi Untuk Masa Depan Dakwah & Mualaf

Apa itu Infaq/Wakaf Harta?

Infaq atau wakaf harta bermaksud menyumbangkan aset atau barang berharga di jalan Allah bagi memperkukuh usaha dakwah, bimbingan mualaf serta kebajikan masyarakat.Ia bukan sekadar sumbangan ia legasi berpanjangan yang terus memberi pahala selamanya.

Jenis Harta Yang Boleh Diinfaq

1. Bangunan atau tanah akan digunakan untuk:

  • Membina pusat dakwah & kelas bimbingan mualaf
  • Menubuhkan pusat operasi masyarakat (food bank, kaunseling, aktiviti komuniti)
  • Meluaskan rangkaian Hidayah Centre Foundation di seluruh negara
  • Impak: Melahirkan pusat dakwah yang kekal memberi manfaat generasi demi generasi.

2. Kenderaan dimanfaatkan untuk:

  • Urusan logistik pendakwah, mentor dan sukarelawan
  • Ziarah mualaf di kawasan pedalaman, kampung Orang Asli & komuniti terpencil
  • Operasi penyampaian bantuan kebajikan
  • Impak: Dakwah dan bantuan sampai ke tempat yang tidak mampu dicapai sebelum ini.

3. Peralatan Pejabat & Operasi

Termasuk:

  • Komputer, printer, mesin pejabat
  • Peralatan audiovisual untuk kelas bimbingan
  • Kelengkapan program komuniti
  • Impak: Memperkasakan pentadbiran, mempercepat urusan, dan meningkatkan kecekapan program.

Mengapa Infaq/Wakaf Harta Penting?

  • Pahala berterusan walaupun penyumbang telah meninggal dunia
  • Menyokong kerja dakwah yang sangat memerlukan fasiliti moden dan selesa
  • Memastikan mualaf mendapat bimbingan yang teratur & berkesan
  • Menjadi penyumbang kepada pembangunan umat secara jangka panjang

Bagaimana Anda Boleh Menyertai?

✔ Sumbangkan harta yang sesuai digunakan
✔ Wakafkan aset atas nama anda atau keluarga
✔ Hubungi kami untuk penilaian & proses dokumentasi
✔ Turut serta sebagai rakan strategik dakwah HCF

Scroll to Top