Batu Gajah, 31 Ogos – Telah diadakan program Hidayah Harmony Outreach (H2O) anjuran bersama Hidayah Centre Foundation Perak, Perkim Batu Gajah, Guru Agama Dakwah (GAD) Batu Gajah, IKRAM Batu Gajah Dan HARMONI.
H2O Kali ini bertemakan Merdeka sempena Hari Kemerdekaan yang disambut buat Kali ke-68. Seramai 20 Sukarelawan telah menyertai dan 120 orang dalam kalangan masyarakat majmuk sekitar pasar awam & pasar pagi disantuni.






Kemerdekaan bukan sahaja bebas daripada penjajah, namun erti kemerdekaan yang sebenar adalahapabila manusia bebas daripada sembahan ciptaan kepada menyembah Pencipta Allah Tuhan yang Satu.





