Hari Terbuka Masjid (MOD) Dihadiri Ramai Tetamu Non-Muslim

27 November, Kepong – Masjid Al-Imam Al-Ghazali Menjalara, Kepong telah menganjurkan program Masjid Open Day (MOD) bagi mengimarahkan semula masjid setelah sekian lama tidak dibuka kepada masyarakat umum berikutan pandemik Covid-19 yang melanda.

Program Masjid Open Day (MOD) kali ini bertemakan ‘Keluarga Malaysia dan Masjid For All’ turut disertai pelbagai agensi kerajaan dan swasta. Hidayah Centre Foundation (HCF) turut dijemput bagi mengendalikan acara Masjid Tour (MT). Pelbagai reruai turut dibuka seperti hijab corner, pameran bahan dakwah, Who is Muhammad dan listen to your heart dalam usaha menyantuni tetamu yang terdiri daripada masyarakat muslim dan bukan muslim yang hadir.

Rata-rata masyarakat bukan muslim yang hadir melahirkan rasa gembira dan teruja. Ini kerana, ini merupakan pengalaman kali pertama mereka dapat menjejakkan kaki ke masjid. Dalam acara Masjid Tour (MT), tetamu bukan Islam diberi penerangan tentang peranan dan fungsi masjid, reka bentuk dalaman , ibadah yang dilaksanakan orang Islam, dan asas kepercayaan Islam.

Program Masjid Open Day (MOD) ini telah dirasmikan oleh Tan Sri Datuk Dr. Daud Bakar, Pengerusi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan MAIWP. YB. Hannah Yeoh, ahli parlimen Segambut turut berkesempatan hadir dalam program Masjid Open Day (MOD) ini.

Pelbagai aktiviti lain disediakan antaranya kaunter bayar saman oleh JPJ & PDRM, kaunter pembayaran zakat PPZ, pemeriksaan kesihatan oleh PICOMS & Park City Medical Centre, Kempen Derma Darah oleh Pusat Darah Negara & Kursus Pemantapan Imam dan Bilal.

Syabas dan tahniah kepada pengerusi masjid, tuan Rumazi dan ahli jawatankuasa masjid yang menganjurkan program Masjid Open Day (MOD). Program ini sangat baik dianjurkan oleh semua masjid sebagai platform berkongsi mesej dan keindahan Islam kepada semua masyarakat majmuk.

Sampaikan Islam, Perkasakan Mualaf

Kongsi pahala dalam usaha dakwah & menyantuni mualaf:
>> www.dahsedekah.com
>> www.dahsedekah.com

#HidayahCentreFoundation
#MOD

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top