GERAI PAMERAN AGENSI ISLAM KOTA MARUDU SEMPENA KEMBARA JUMPA ORANG MUDA 2.0

GERAI PAMERAN AGENSI ISLAM KOTA MARUDU SEMPENA KEMBARA JUMPA ORANG MUDA 2.0 ZON BORNEO 1 (Part 2)

HCKM | 17 Ogos 2025 | Ahad

Alhamdulillah, kembara kali ini bergerak ke Bumi Di Bawah Bayu. Dari 15 hingga 17 Ogos 2025, Kg Tagaroh, Kota Marudu, Sabah menjadi tuan rumah bagi KJOM Zon Borneo 1 melibatkan Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Kehadiran YB Adam Adli bin Abd Halim, Timbalan Menteri Belia dan Sukan Malaysia selama tiga hari, menghangatkan suasana dengan pelbagai aktiviti diadakan daripada sesi ramah mesra, perbincangan santai, sesi townhall, hinggalah aktiviti bersama komuniti setempat. Semua ini bertujuan untuk mendengar sendiri suara anak muda, berkongsi pendapat, dan yang paling utama, membina masa depan bersama.

Badan Dakwah Daerah Kota Marudu yang dikelola Pihak JHEAINS Kota Marudu mengambil inisiatif & peluang untuk membina jaringan & hubungan baik dengan masyarakat Kg Tagaroh dengan berkongsi maklumat Islam dengan kempen “Kenalkan Nabi Muhammad SAW” serta penyerahan bakul makanan bagi asnaf & masyarakat bukan Islam yang terpilih.

Terima kasih kepada semua rakan strategik Badan Dakwah Daerah Kota Marudu yang terlibat dalam menjayakan Gerai Pameran Agensi Islam tersebut.

#SampaikanIslamPerkasakanMualaf
#KempenKenalkanNabiMuhammadSAW

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top