ππππππππ π―ππππππ π©ππ πππ πΊππππππ 2025 π½ππ. 1
8 November 2025
Sabtu
HCF Kuching
Hidayah Centre Foundation (HCF) Sarawak cawangan Kuching dengan kerjasama Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) serta gabungan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) lain di bawah Majlis Amal Islami Malaysia (MAIM) Sarawak yang terdiri daripada Pertubuhan IKRAM Sarawak, ABIM Sarawak, MACMA dan Lembaga Amanah Kebajikan Al Hidayah telah melaksanakan Festival Harmoni Budaya Sarawak (FHBS) yang bertempat di Majma Mall, Kuching.






Festival ini juga turut diraikan oleh lebih 100 orang peserta. Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan sepanjang festival ini berlangsung seperti Pertandingan Mewarna Kanak-kanak, Pertandingan Masakan Tradisional serta Pertandingan Pakaian Tradisional. Acara kemuncak festival ialah Forum Islam dan Budaya yang bertemakan ‘Rahmat dalam Kepelbagaian’. Forum ini menampilkan barisan panelis terkemuka iaitu Ustaz Mohd Amir Ridhwan Abdullah dari Jabatan Agama Islam Sarawak, Ustaz Abdul Rauf bin Haji Rimi penceramah bebas dan Puan Damia Alyaa Maisarah Pengerusi Urusetia Saudara Kita Cawangan Bandar Baru Semariang, dengan Ustaz Muhammad Luqman bin Suhairi Penolong Pengarah YADIM Sarawak bertindak sebagai moderator. Majlis penutupan pula dirasmikan oleh Ustazah Hanisah Datoβ Haji Nahrawi, Ketua Bahagian Kemajuan Saudara Kita, Jabatan Agama Islam Sarawak.
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada para penaja, iaitu Tabung Baitulmal Sarawak, PAWADA serta Pengurusan Kompleks Islam Sarawak Kuching atas sokongan yang diberikan. Semoga dengan perlaksanaan FHBS ini kebudayaan pelbagai etnik Sarawak dapat dihargai dan diraikan khususnya dalam kalangan mualaf. Selain itu, pelaksanaan FHBS ini dapat membantu dalam pemerkasaan masyarakat mualaf agar konsisten menghidupkan dan memahami ajaran Islam menerusi keterbukaan Islam terhadap pelbagai budaya dan tradisi warga Sarawak.





