Alhamdulillah pada 8 Mei 2021 yang lepas telah berlangsungnya Sumbangan Hadiah Ramadhan Untuk Mu (HARUM) yang telah dianjurkan oleh Hidayah Centre Foundation Cawangan Bintulu.
Sumbangan tersebut telah diagihkan oleh pihak Hidayah Centre Foundation Cawangan Bintulu sendiri dan alhamdulillah sumbangan tersebut telah diberikan kepada mualaf-mualaf yang berada di sekitar bandar Bintulu. Sumbangan ini bagi meringankan sedikit bebanan mereka di bulan Ramadhan yang lepas.