Putrajaya, 31 Disember 2022 – Bersempena Karnival Masjid anjuran Masjid Putra, Putrajaya, pihak Hidayah Centre Foundation (HCF) telah dijemput bersama memeriahkan karnival dengan membuka reruai untuk memperkenalkan HCF dan penerangan mengenai Islam kepada masyarakat majmuk yang hadir.
Seramai 13 orang sukarelawan di kalangan staf HCF dan rakan hidayah telah hadir bagi menyantuni masyarakat yang berkunjung di reruai HCF. Alhamdulillah, wakil HCF saudara Muhammad Syahid berkesempatan menyerahkan profil korporat dan foto album sambutan sedekad HCF kepada Menteri Pendidikan, YB Puan Fadhlina Binti Sidek.
HCF merakamkan jutaan terima kasih kepada pihak Masjid Putra atas jemputan ini. Semoga program seperti ini dapat dilaksanakan lagi bagi membina jaringan dalam menyampaikan mesej-mesej Islam kepada manusia sejagat.
.
Sampaikan Islam, Perkasakan Mualaf.