fbpx

Qurban – Kg Orang Asli Perak

ABDUL KARIM BIN AZIDIN

Qurban – Kg Orang Asli Perak

265 265 people viewed this event.

Objektif :

  1. Bina hubungan yang lebih Rapat di antara HCF Perak dan Penduduk kpg Orang Asli
  2. Agihan Daging kepada penduduk kampung yang lebih mmemerlukan
  3. Untuk santuni penduduk yang baru memeluk Islam

Laporan Ringkas : Pelaksanaan Ibadah Korban @Kampong orang Asli di Kampung Sungai Suluh berjalan lancar. Sebanyak 2 ekor Kerbau dan 3 Ekor Kambing telah disembelih .

Aktiviti sembelih, melapah dan memotong daging korban di laksanakan secara gotong royong.

Kaum wanita turut membantu menyediakan sarapan pagi dan makan tengahari untuk para petugas.

Petugas terdiri daripada peserta korban sendiri, Rakan Hidayah, Penggerak Dakwah Ulu Kinta serta penduduk kampung Sungai Suluh.

Kerjasama penduduk Kampung sangat baik . Mereka sangat gembira dan teruja dalam menjayakan aktiviti Korban kali ini. Alhamdulillah semua pihak mematuhi SOP yang telah di tetapkan oleh KKM.

Agihan daging korban sebanyak 143 bungkus ( 1kg setiap bungkus ) telah di serahkan kepada En Sufian bin Pandak ( Penghulu Islam Kpg Sungai Suluh ) untuk di agihkan semula kepada penduduk kampung.

Sebanyak 30 bungkus di beri kepada petugas serta urusetia. HCF Perak turut mengagihkan 14 bungkus kepada Mualaf Miskin di sekitar Ipoh.

Para peserta korban menerima 3kg daging setiap seorang.

 

To register for this event email your details to perak@hcf.org.my

Register using webmail: Gmail / AOL / Yahoo / Outlook

 

Date And Time

21-07-2021 @ 12:00 AM to
21-07-2021 @ 05:30 PM
 

Location

Surau As Salim, Kpg Sungai Suluh, Ulu Kinta, Ipoh Perak
 

Event Types

 

Event Category

 
Download Events ical

Share With Friends

Scroll to Top