Hidayah Centre Foundation (HCF) telah dijemput untuk membantu menyediakan bahan-bahan bacaan mengenai Islam, sudut hijab dan Masjid Tour bersama dengan Masjid Wilayah Tour Program (MWTP) dalam Karnival Masjid sempena 40 tahun Masjid Saidina Abu Bakar (MSABA) di Bangsar.
Perasmian telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Yb. Datuk Haji Ahmad Marzuk Bin Shaary. Pengarah Jabatan Outreach, Tuan Noli Husin mewakili HCF telah berkesempatan menyantuni YB Timbalan Menteri di reruai HCF dengan menerangkan pelbagai program dakwah & santunan mualaf yang dilaksanakan HCF.
.
Semoga institusi masjid terus memainkan peranan bukan sahaja sebagai tempat ibadah malahan juga sebagai pusat komuniti masyarakat majmuk yang utuh dan harmoni.
.
Sampaikan Islam, Perkasakan Mualaf
.
Sedekad Terus Berkhidmat.