Projek Tamar For All telah berlangsung sepanjang bulan Ramadan (April-Mei) dengan kerjasama sukarelawan Rakan Hidayah. Agihan pek kurma dan risalah dakwah disasarkan kepada non-Muslim oleh Rakan Hidayah masing-masing, samada rakan sepejabat, sekolej, jiran setaman atau ahli keluarga, sebagai salah satu usaha susulan dalam proses dakwah.